Isnin, 17 Ogos 2009

Kedah yang Gemilang!!

Kerajaan Pakatan Kedah sudah 500 hari terbina
Wartawan Harakahdaily

ALOR SETAR, 16 Ogos: Semalam cukup 500 hari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mentadbir negeri Kedah dan bagi meraikannya, satu perhimpunnan besar-besaran telah diadakan di Kompleks PAS Kedah, dekat Gurun malam tadi.
Iklan

Kira-kira 20,000 penyokong kerajaan negeri telah berhimpun malam tadi bagi meraikannya di dalam majlis ceramah yang disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifudin Nasuition Ismail memberikan ucapan pada majlis yang penuh sejarah itu.

Sumber : HarakahDaily.Net

Ceh!! Apa yang terbina?? Kalau setakat billboard muka Azizan tu penuh kat jalan2 kat Kedah tak payah nak banggaler brader...

Tapi yang best bila papan iklan arak semakin banyak kat Langkawi ngan pelacur2 yang semakin multinasional itu memanglah sesuatu yang membanggakan buat masyarakat Kedah.

Teruskan usaha mu.. membangun bersama arak dan balak Kedah!!!


Hampeh!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri tulis sendiri tanggung